Pusat Kegiatan Guru Batu Gajah

Blog untuk GPM Kelompok PKG Batu Gajah dan PKG Daerah Kinta Selatan, "TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI". MOHON KERJASAMA UNTUK MENULIS DI BUKU TAMU SAYA UNTUK SAYA MENGENALI TUAN/PUAN.

Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Kinta Selatan

Pihak urusetia Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh Nilam Kinta Selatan telah memutuskan akan mengadakan Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Kinta Selatan akan diadakan pada :

Tarikh            : 13 dan 14 Ogos 2009

Masa              : 8.00 pagi

Tempat          : PKG Gopeng

Calon yang telah dipilih oleh PKG Kelompok masing-masing akan diberitahu melalui surat atau telefon. Diharap calon yang berjaya sebagai wakil PKG diminta bersiap sedia mulai sekarang.

Pengemaskinian Data SSQS kepada semua sekolah

PERHATIAN !!! PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua sekolah dalam kelompok PKG Batu Gajah, sila ambil perhatian,

Semua sekolah di dalam kelompok PKG Batu Gajah dikehendaki untuk mengemaskinikan data online penggunaan ICT dalam sistem SSQS. Untuk Makluman tarik bermulanya kutipan data dalam tahun 2009 ini ilakah mulai 7 Julai hingga 14 Ogos 2009. Pohon kerjasama semua sekolah untuk mengambil tindakan segera.

Tuan/puan juga boleh muat turun panduan dan borang di sini:

Sesi 1 Bengkel Video PKG Batu Gajah.PKG Tanjung Tualang

PKG Batu Gajah dan PKG Tanjung Tualang telah mengadakan bengkel video kepada guru kelompok PKG zon Batu gajah dan Tanjung Tualang. Seramai 20 orang gruru yang berminat telah menyertai sesi pertama ini. Kursus yang berlangsung untuk sesi pertama ini selama 3 hari iaitu dari 14 hingga 16 Julai 2009. Bagi hari pertama dan kedua penceramah dari BTPN Perak iaitu En, Mohd Nor Beg telah memberikan ceramah belaiu mengenai beberapa teknik video dan shot yang baik.

Taklimat STS/SSQS bagi Guru ICT dan Juru Teknik Komputer Sekolah

PKG batu Gajah telah mengadakan satu taklimat STS dan SSQS kepada 22 buah sekolah di dalam kelompok PKG batu Gajah. Seramai 22 orang Guru ICT dan 4 orang Juru teknik Komputer sekolah telah hadir dalam taklimat tersebut. Dalam Taklimat tersebut PTP PKG Batu Gajah En Hazhartul Azizdin telah menerangkan sekali lagi bagaimana mengisi tiket laporan dalam sisitem Pelaporan masalah ICT di sekolah melalui STS. Guru ICT dan FT sekolah juga telah diberitahu bahawa setiap masalah yang berkaitan dengan ict sekolah hendaklah dilaporkan melalui sistem online STS. Dalam sistem tersebut PKG akan memantau masalah dan akan escaltekan masalah tersebut ke BTPN untuk tindakan seterusnya.

PTP 2 En. Ramlan Jafery pula telah menerangkan kepada semua yang hadir bahawa tarikh untuk mengemaskinikan dan mengisi pelaporan SSQS online akan dijalankan mulai 7 Julai hingga 14 Ogos 2009. Semua sekolah diterangkan bahawa jumlah sekolah yang terlibat pada sesi kali ini ialah 22 buah sekolah. Jumlah responden bagi sesi kali ini masih sama iaitu 62 orang bagi setiap sekolah.

Bahan Penilaian Tokoh Nilam

Mesyuarat Penggubalan Bahan Penilaian Tokoh NILAM Daerah Kinta Selatan

Mesyuarat Penggubalan Bahan Penilaian Tokoh NILAM Daerah Kinta Selatan telah berlangsung di PKG Gopeng. Seramai 12 orang Guru Cemerlang Daerah Kinta Selatan telah dijemput untuk membina instrumen penilaian Tokoh NILAM Daerah Kinta Selatan. Ia akan dijalankan selama 2 hari bermula hari Khamis hingga Jumaat.

H1N1 Booklet for Teacher

PENGISIAN DATA NILAM 30 JUN 2009 SECARA ONLINE

Perhatian kepada semua GPM/ Penyelaras NILAM sekolah kelompok PKG Batu Gajah anda dikehendaki mengisi data nilam secara online mulai bulan jun ini.

Anda hanya perlu klik banner zoho sheet , kemudian masukkan username dan password yang diberikan. Klik pada nama sekolah anda sahaja. dan anda hanya perlu mengisi pada ruang/cell yang bertanda hijau sahaja.

Makluman Sekolah Kelompok PKG Batu Gajah

Sila muat turun borang data NOLAM Berakhir 30 Jun 2009 untuk diisi dan hantar ke PKG sebelum 5 Julai 2009.

Sila pastikan semua data hendalah diisi dengan lengkap sebelum menghantar ke PKG Batu Gajah.

Pada mesyuarat 30 Jun 2009 ini sila bawa bersama pencalonan tokoh NILAM sekolah masing-masing untuk dibuat pemilihan di peringkat PKG. Setiap sekolah WAJIB seorang calon bagi setiap sekolah berdasarkan surat Jabatan Pelajaran Negeri Perak bertarikh : 17 Februari 2009.

Kursus Edublogs

Bengkel Edublogs untuk Penolong Kanan Pentadbiran sekolah-sekolah kelompok PKG Kampung Gajah telah diadakan selama dua hari bermula pada 17 -18 Jun 2009 di PKG Kg. Gajah.