Archive for the ‘PKG’
Pengisian online SPPICTS sekolah kelompok PKG Batu Gajah sesi ke 3
Pelaksanaan SPPICTS 3/2009
Pelaksanaan kutipan data untuk Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) bagi semua sekolah untuk kutipan kali ke 3 akan dijalankan mulaiĀ 14September 2009 hingga 2 Oktober 2009.
Semua sekolah diharap bersedia. Sila pastikan semua sekolah mematuhi tarikh yang ditetapkan.
Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1430H

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN
1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18.Solat Zuhur berjemaah.
19.Tadarus pendek.
20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21.Solat Asar berjemaah di Masjid.
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24.Segera Solat Maghrib di Masjid.
25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.
Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh Nilam Daerah Kinta Selatan 2009
Maklumat Terkini Kepada Calon Pemilihan Tokoh NILAM 2009 PKG Batu Gajah dan Hakim Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Kinta Selatan.
Sila ambil perhatian, Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM yang dijangka berlangsung pada 13 dan 14 Ogos 2009 ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Ini adalah kerana penularan wabak H1N1 semakin membimbangkan. Sehubungan dengan itu Pihak PPD KInta Selatan telah mengarahkan Urusetia Pemilihan Tokoh NIlam menangguhkan dahulu sesi pemilihan tersebut. Majlis Anugerah NILAM Daerah Kinta Selatan yang dijangka akan berlangsung pada 19 Ogos 2009 juga turut ditangguhkan atas sebab yang sama.
PENGISIAN DATA NILAM 30 JUN 2009 SECARA ONLINE
Perhatian kepada semua GPM/ Penyelaras NILAM sekolah kelompok PKG Batu Gajah anda dikehendaki mengisi data nilam secara online mulai bulan jun ini.
Anda hanya perlu klik banner zoho sheet , kemudian masukkan username dan password yang diberikan. Klik pada nama sekolah anda sahaja. dan anda hanya perlu mengisi pada ruang/cell yang bertanda hijau sahaja.






