Pusat Kegiatan Guru Batu Gajah

Blog untuk GPM Kelompok PKG Batu Gajah dan PKG Daerah Kinta Selatan, "TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI". MOHON KERJASAMA UNTUK MENULIS DI BUKU TAMU SAYA UNTUK SAYA MENGENALI TUAN/PUAN.

Archive for the ‘NILAM’


Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh Nilam Daerah Kinta Selatan 2009

Maklumat Terkini Kepada Calon Pemilihan Tokoh NILAM 2009 PKG Batu Gajah dan Hakim Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Kinta Selatan.

Sila ambil perhatian, Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM yang dijangka berlangsung pada 13 dan 14 Ogos 2009 ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Ini adalah kerana penularan wabak H1N1 semakin membimbangkan. Sehubungan dengan itu Pihak PPD KInta Selatan telah mengarahkan Urusetia Pemilihan Tokoh NIlam menangguhkan dahulu sesi pemilihan tersebut. Majlis Anugerah NILAM Daerah Kinta Selatan yang dijangka akan berlangsung pada 19 Ogos 2009 juga turut ditangguhkan atas sebab yang sama.

PENGISIAN DATA NILAM 30 JUN 2009 SECARA ONLINE

Perhatian kepada semua GPM/ Penyelaras NILAM sekolah kelompok PKG Batu Gajah anda dikehendaki mengisi data nilam secara online mulai bulan jun ini.

Anda hanya perlu klik banner zoho sheet , kemudian masukkan username dan password yang diberikan. Klik pada nama sekolah anda sahaja. dan anda hanya perlu mengisi pada ruang/cell yang bertanda hijau sahaja.

Pencalonan Tokoh Nilam 2009

Pihak sekolah diminta memuat turun folder Pencalonan Tokoh Nilam 2009 (ISO) di sini. Borang tersebut hendaklah dihantar ke PKG setelah calon dikenalpasti.

Maklumat kutipan data NILAM Bulan MAC 2009

Bahan Taklimat Nilam

Takilmat Nilam pada 7/4/2009

Taklimat Nilam 7 April 2009

← Bahan Taklimat Nilam Boleh juga di muat turun disini. Klik pada ikon di sebelah ni.

 

Penggubalan Bahan Penilaian Tokoh NILAM Perak

Mesyuarat Penggubalan Bahan Penilaian Tokoh NILAM Perak diadakan pada:
Tarikh : 25-27 Mac 2009
Tempat : Telok Dalam Resort, Pangkor
Tujuan : Menghasilkan bahan penilaian Pemilihan Tokoh Nilam negeri Perak 2009 dalam 5 aspek.
1. Pengesanan Kemahiran Membaca (Ujian Lisan Kefahaman)
2. Pengesanan Pengetahuan (Ulasan Buku dan ciri-ciri fizikal buku)
3. Pengesanan Kebestarian (Topik terkini)
4. Pengesanan Penghayatan dan Aspirasi Pembacaan
Pengesanan Kemahiran Memberi pendapat (Penulisan)

Penghantaran Data NILAM Berakhir 30 Mac 2009

Perhatian kepada semua sekolah dalam kelompok PKG Batu Gajah dan PKG Kinta Selatan.

Pihak sekolah dikehendaki mengumpul data NILAM peringkat sekolah bagi bulan MAC ini. Data tersebut hendaklah dihantar ke PKG masing-masing pada atau sebelum 6 April 2009. Data tersebut hendaklah dihantar dalam hard copy dan soft copy ke PKG masing-masing. 

Bagi Sekolah-sekolah Kelompok Pusat Kegiatan Guru Batu Gajah, satu bengkel pengisian data Nilam akan diadakan pada :

                  Tarikh                    : 07 April 2009 (Selasa)

                  Masa                      : 2- 5 petang

                  Tempat                  : PKG Batu Gajah

Tuan/puan bolehlah menghantar data pada hari tersebut untuk sekolah-sekolah kelompok PKG Batu Gajah. Sila bawa bersama data sekolah dalam bentuk hardcopy dan softcopy. Bawa juga komputer riba untuk memudahkan pengisian data sekolah tuan/puan.Kerjasama sekolah amatlah diharapkan. Surat panggilan akan menyusul kemudian.

 klik untuk download Borang NILAM

Calon Kem Penulis Muda Peringkat Kebangsaan 2009

BTP Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Km Penulis Muda pada bulan April 2009, Kriteria pemilihan adalah seperti berikut:

                 1. Terbuka kepada kepada semua pelajar Tngkatan 4 dan Tahun 5

                2.  Telah mencapai pengiktirafan Nilam dalam Tahap Jauhari

                3. Telah mengumpul 50 mata dalam tahap Rakan Pembaca

                4. Mempunyai akademik cemerlang dari awal tahun persekolahan.

Pihak Sekolah diminta mencalonkan pelajar seperti kriteria di atas dan menghantarkan pencalonan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak, Jalan Tawas Baru Utara, Tasek Damai, 30010 Ipoh, Perak. (up. Tn. Haji Alias Mohamad) sebelum 10 Mac 2009. 

Pemilihan pelajar yang layak ke program Kem Penulis Muda ini akan dilaksanakan oleh pihak negeri berdasarkan mata yang tertinggi.

Muat Turun Borang Penyertaan Kem Penulis Muda

Anda hanya perlu muat turun 2 borang, dan 1 surat siaran iaitu
1. Borang Kem Penulis Muda 2009
2. Borang Sejarah Akademik 

3. Surat Siaran Kem Penulis muda 2009

Mereka yang berjaya akan dipanggil untuk sesi latihan peringkat negeri yang akan diadakan di Pulau Pangkor pada minggu akhir bulan Mac nanti.

Maklumat Data Nilam September 2008

Makluman kepada GPM Kinta Selatan/gpm Batu Gajah

Perhatian kepada semua GPM KInta Selatan/ Guru Data Nilam, (Download Borang Nilam)

Semua sekolah dikehendaki menghantar data NILAM sekolah yang berakhir pada 30 September 2008 pada atau sebelum 10 Oktober 2008. Data tersebut hendaklah lengkap dengan enrolmen murid, bil. murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan bilangan murid yang terlibat. (Semua murid adalah terlibat didalam Program NILAM kecuali Murid yang belum menguasai kemahiran membaca.) Guru data nilam juga dikehendaki untuk melengkapkan bilangan buku yang dibaca oleh pelajar tahun /tingkatan yang berkenaan(jangan dibiarkan kosong) Jumlah murid yang mendapat pengiktirafan Rakan Pembaca juga perlu tepat. Kebanyakan sekolah salah mengisi borang data nilam ke pkg bagi bahagian Rakan Pembaca. Hanya murid yang telah melepasi pembacaan 100 buah buku sahaja yang layak meyertai Rakan Pembaca. Berdasarkan maklumat kutipan data yang terakhir bulan Setember ini, segala maklumat akan dikumpulkan dan dibuat analisis bagi pencapaian setiap sekolah untuk dihantar kepada PPD Kinta Selatan. Hasil daripada dapatan Analisis diperingkat daerah pula akan dihantar ke BTPN untuk dibuat analisis peringkat negeri untuk dibentangkan kepada JPN Perak. Sehubungan dengan itu pihak sekolah diminta untuk mengisi data yang betul dan lengkap supaya tidak berlaku perbezaan yang ketara.  Kerjasama semua guru data nilam amatlah diharapkan agar daerah Kinta Selatan akan menjadi daerah yang cemerlang.

download borang nilam