Pusat Kegiatan Guru Batu Gajah

Blog untuk GPM Kelompok PKG Batu Gajah dan PKG Daerah Kinta Selatan, "TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI". MOHON KERJASAMA UNTUK MENULIS DI BUKU TAMU SAYA UNTUK SAYA MENGENALI TUAN/PUAN.

Archive for the ‘ICT’


Pengemaskinian SPPICTS kali ke tiga

Perhatian kepada semua sekolah dalam kelompok PKG Batu Gajah,

Bermula pada hari ini (14 September 2009) pihak sekolah boleh mula mengemaskini sistem pemantauan online SPPICTS. Segala data yang pihak sekolah kemaskini sebelum tarikh tersebut tidak akan diambil kira. Jadi pastikan pihak sekolah membuat pengemaskinian bermula pada tarikh 14 September 2009. Tarikh Tutu pula ialah pada 2 Oktober 2009.

Kami minta kerjasama semua sekolah agar dapat menyiapkan pengemaskinian tersebut sebelum cuti hari raya ini.

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)


Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara. Sehubungan itu, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.

SPPICTS boleh diakses dialamat berikut;

a. http://ssqs.moe.edu.my atau
b. http://pnp.moe.edu.my

Tempoh Kutipan Data

a. 22 Feb 2009 – 13 Mac 2009
b. 15 Jun 2009 – 03 Julai 2009
c. 14 Sept 2009 – 02 Okt 2009

PERHATIAN: Semua kutipan kali ke tiga hendaklah bermula pada 14 September 2009. Sebarang maklumat yang dikemaskini sebelum tarikh berkenaan tidak akan diambil kira untuk kutipan ini. Harap maklum.

Makluman

Hot Text - http://www.sparklee.com

Anda boleh terus ke laman baru blog PKG Batu Gajah dengan klik terus banner di bawah

pkgbg
Glitter Photos

Maklumat SSQS terkini 26 Ogos 2009 (lagi 5 hari je lagi)

Perhatian kepada semua sekolah yang masih belum melengkapkan lagi pengisian data online ssqs. Untuk makluman sekolah yang terlibat, walaupun pengisian data ssqs secara online telah dilanjutkan sehingga 30 Ogos 2009, namun sekolah dinasihatkan supaya dapat mengisi data tersebut secepat mungkin. In i kerana sekiranya pihak sekolah masih lagi lewat mengisi data tersebut maka akan berlaku kesesakan semasa semua sekolah berebut untuk mengisi data tersebut.

Bagi sekolah dalam kelompok PKG Batu Gajah, semua sekolah yang belum mengisi data atau belum melengkapkan data ssqs, pihak sekolah perlu berbuat demikian dengan segera kerana prestasi sekolah tuan/puan akan dipantau setiap masa dan apabila tarikh 30 Ogos 2009 tersebut tamat maka sekolah tuan/puan akan tersenarai sebagai sekolah yang gagal mengemaskinikan data secara online maklumat ssqs.

Berikut adalah prestasi sekolah kelompok PKG Batu Gajah dalam pengisian data SSQS.

Senarai Sekolah Bagi
PKG AQA2007 – PKG BATU GAJAH
yang terlibat SSQS.
Jumlah Sekolah :22
Bil Kod Sekolah Nama Sekolah Bil. Responden Bil. Siap Menjawab Bil. Belum Menjawab % Kemajuan
1 ABA2017 SK PENGKALAN BAHARU 62 59 3 95.16
2 ABA2030 SK TOH INDERA WANGSA AHMAD 62 29 33 46.77
3 ABA2031 SK SIPUTEH 62 31 31 50.00
4 ABA2032 SK TRONOH 62 46 16 74.19
5 ABA2033 SK KG. SERI RAHMAT 62 59 3 95.16
6 ABA2038 SK BAKAP 62 59 3 95.16
7 ABA2067 SK SERI JAYA 62 51 11 82.26
8 ABB2090 SK SULTAN YUSSUF 62 62 0 100.00
9 ABB2091 SK ST. BERNADETTE’S CONVENT 62 56 6 90.32
10 ABB2093 SK SERI TRONOH 62 1 61 1.61
11 ABC2132 SJK(C) SIPUTEH 62 11 51 17.74
12 ABC2133 SJK(C) CHUNG SUN 62 14 48 22.58
13 ABC2136 SJK(C) YUK KWAN 62 33 29 53.23
14 ABC2137 SJK(C) BEMBAN 62 62 0 100.00
15 ABD2169 SJK(T) CHANGKAT 62 0 62 0.00
16 ABD2170 SJK(T) TRONOH 62 9 53 14.52
17 AEB2063 SMK SULTAN YUSSUF 62 62 0 100.00
18 AEB2064 SMK ST. BERNADETTE’S CONVENT 62 62 0 100.00
19 AEB2065 SMK YUK KWAN 62 62 0 100.00
20 AEE2066 SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD 62 62 0 100.00
21 AEE2072 SMK DATO’ BENDAHARA C M YUSUF 62 62 0 100.00
22 AEE2073 SMK TRONOH 62 62 0 100.00

Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.
Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.

Bertangguh itu pencuri masa

Masa dihargai,janji ditepati

Sekolah yang bertanda hijau telah menyiapkan maklumat sekolah ssqs seperti yang dikehendaki. Tahniah dan terima kasih diucapkan atas inisiatif warga sekolah tuan/puan.

Bagi sekolah yang bertanda merah yang belum menampakkan perubahan pihak sekolah diminta mengambil tindakan dengan segera.

Sekolah yang masih belum meyiapkan pengisian seperti yang dikehendaki, silalah pihak sekolah menyiapkan dengan kadar segera.

Pengemaskinian Data SSQS kepada semua sekolah

PERHATIAN !!! PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua sekolah dalam kelompok PKG Batu Gajah, sila ambil perhatian,

Semua sekolah di dalam kelompok PKG Batu Gajah dikehendaki untuk mengemaskinikan data online penggunaan ICT dalam sistem SSQS. Untuk Makluman tarik bermulanya kutipan data dalam tahun 2009 ini ilakah mulai 7 Julai hingga 14 Ogos 2009. Pohon kerjasama semua sekolah untuk mengambil tindakan segera.

Tuan/puan juga boleh muat turun panduan dan borang di sini:

Taklimat STS/SSQS bagi Guru ICT dan Juru Teknik Komputer Sekolah

PKG batu Gajah telah mengadakan satu taklimat STS dan SSQS kepada 22 buah sekolah di dalam kelompok PKG batu Gajah. Seramai 22 orang Guru ICT dan 4 orang Juru teknik Komputer sekolah telah hadir dalam taklimat tersebut. Dalam Taklimat tersebut PTP PKG Batu Gajah En Hazhartul Azizdin telah menerangkan sekali lagi bagaimana mengisi tiket laporan dalam sisitem Pelaporan masalah ICT di sekolah melalui STS. Guru ICT dan FT sekolah juga telah diberitahu bahawa setiap masalah yang berkaitan dengan ict sekolah hendaklah dilaporkan melalui sistem online STS. Dalam sistem tersebut PKG akan memantau masalah dan akan escaltekan masalah tersebut ke BTPN untuk tindakan seterusnya.

PTP 2 En. Ramlan Jafery pula telah menerangkan kepada semua yang hadir bahawa tarikh untuk mengemaskinikan dan mengisi pelaporan SSQS online akan dijalankan mulai 7 Julai hingga 14 Ogos 2009. Semua sekolah diterangkan bahawa jumlah sekolah yang terlibat pada sesi kali ini ialah 22 buah sekolah. Jumlah responden bagi sesi kali ini masih sama iaitu 62 orang bagi setiap sekolah.

Makluman Sekolah

Perhatian kepada sekolah dalam kelompok PKG Batu Gajah.

1. Satu Taklimat SPPICTS bagi pengisian data online sesi ke 2 dan STS akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 23 Jun 2009
Tempat : PKG Batu gajah d/a SK Seri Jaya, 31000 Batu Gajah
Kehadiran : Guru ICT / GPB
Keperluan : Komputer bimbit , data tambahan maklumat ICT
Masa : 2- 5 petang

2. Satu bengkel pengisian data NILAM bagi data yang berakhir bulan JUN akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 30 Jun 2009 (Selasa)
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : PKG Batu Gajah  d/a SK Seri Jaya, 31000 Batu Gajah
Kehadiran : Guru Nilam/ GPM sekolah
Keperluan : 1. Bawa bersama data NILAM sekolah bagi Bulan Jun( data tersebut akan digunakan untuk Majlis Anugerah NILAM Daerah.

2. Komputer Bimbit, 4 gang kabel

3. Pencalonan Tokoh Nilam Daerah ( Bagi sekolah yang belum menghantar  pencalonan)* setiap sekolah wajib menghantar 1 pencalonan bagi tokoh nilam tersebut

* Sekiranya sekolah mempunyai masalah berhubung perkara di atas di harap segera menghubungi PKG

Pemantauan SPPICTS online sesi ke 2

 Perhatian kepada guru GPB/ICT sekolah

Tuan/puan diminta untuk mengemaskinikan data SPPICTS sekolah tuan/puan bagi pemantauan SPPICTS online bermula pada 15 Jun ini sehingga 3 Julai 2009. Pihak tuan/puan diminta mengemaskinikan data sekolah tuan/puan secara terancang dan dibuat awal mulai tarikh yang diberikan supaya tidak mengalami kesesakan laluan internet nanti jika lewat mengemaskini data sekolah tuan/puan. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua sekolah Kelompok PKG Batu Gajah kerana telah berjaya melengkapkan 100% pengisian data SPPICTS online pada sesi pertama. Surat pemakluman mengenai kemaskini data boleh tuan/puan muat turun pada ruang ICT Download pada Blog PKG ini. Kerjasama semua sekolah dan keprihatinan tuan/puan dalam menangani pengisian data SPPICTS online ini sangatlah dihargai.

Untuk Makluman tuan /puan boleh klik pada pautan ini PORTAL ICT KPM atau logo SPPICTS di atas.

Maklumbalas STS GPB/Guru ICT- Penting (khas untuk Sekolah kelompok PKG Batu Gajah sahaja)

Perhatian kepada semua sekolah dalam kelompok PKG Batu Gajah.

Laporan STS yang sekolah kemukakan dalam Support Ticketing System (STS) perlulah mengikut format seperti yang telah dimaklumkan. Setiap maklumat perlulah diisi tanpa meninggalkan sebarang maklumat yang kosong. Tuan/Puan juga perlulah menulis nama pelapor dan juga no telefon pelapor untuk dihubungi sekiranya ada sebarang masalah.

Untuk makluman, satu PC adalah untuk satu tiket sahaja. Setiap kerosakan dalam satu PC perlulah diletakkan dalam satu tiket sahaja. Sekiranya laporan STS tuan/ puan tidak lengkap dan tidak mengikut format, tuan/puan akan diminta untukmenutup laporan tersebut dan membuat semula laporan baru. Ini penting supaya laporan tuan/puan akan diambil tindakan segera oleh pihak kami. Tuan/puan juga diminta untuk menyemak laporan tersebut sekurang-kurangnya sekali sehari untuk mengetahu status terkini laporan tuan/puan.

Taklimat Media dan ICT

Satu Taklimat Media akan diadakan seperti berikut:

Tarikh

:

5 Mei 2009 (Selasa)
Masa

:

2.00 petang
Tempat

:

PKG Batu Gajah
Kehadiran

:

Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
Alatan

:

Laptop, 4 gang

Satu Taklimat berkenaan ICT akan didakan seperti berikut:

Tarikh

:

6 Mei 2009 (Selasa)
Masa

:

2.00 petang
Tempat

:

PKG Batu Gajah
Kehadiran

:

Guru Penyelaras Bestari GPB) / Guru ICT
Alatan

:

Laptop, 4 gang

Kepada guru yang terlibat, anda dikehendaki hadir seperti yang dimaklumkan. Surat akan menyusul kemudian.Sila hubungi PTP PKG Batu Gajah sekiranya ada sebarang kemusykilan.

PENGISIAN DATA SPPICT (PENTING)

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH

Hasil Pemantauan secara online PADA 23 mAC 2009 SEMUA SEKOLAH DALAM KELOMPOK PKG BATU GAJAH telah berjaya 100% melengkapkan data SPPICTS. Di sini saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada pihak sekolah yang memberi kerjasama meyiapkan data kutipan SPPICTS sesi 1 ini. Diharapkan kerjasama ini akan berterusan bagi sesi 2 (bulan jun) dan sesi 3 akhir bulan 8 nanti.

Tahniah kepada  Sekolah-sekolah dalam daerah Kinta Selatan yang telah berjaya melengkapkan data SPPICTS 100%.

(BERDASARKAN PEMANTAUAN PADA 30 MAC 2009 JAM 2.00 petang)

PKG KAMPAR 20/20 BUAH SEKOLAH

PKG GOPENG 26/26 BUAH SEKOLAH 100% siap

PKG TANJUNG TUALANG 12/12 BUAH SEKOLAH