Pusat Kegiatan Guru Batu Gajah

Blog untuk GPM Kelompok PKG Batu Gajah dan PKG Daerah Kinta Selatan, "TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI". MOHON KERJASAMA UNTUK MENULIS DI BUKU TAMU SAYA UNTUK SAYA MENGENALI TUAN/PUAN.

Archive for the ‘Guru Perpustakaan dan Media (GPM)’


Makluman

Hot Text - http://www.sparklee.com

Anda boleh terus ke laman baru blog PKG Batu Gajah dengan klik terus banner di bawah

pkgbg
Glitter Photos

PENGISIAN DATA NILAM 30 JUN 2009 SECARA ONLINE

Perhatian kepada semua GPM/ Penyelaras NILAM sekolah kelompok PKG Batu Gajah anda dikehendaki mengisi data nilam secara online mulai bulan jun ini.

Anda hanya perlu klik banner zoho sheet , kemudian masukkan username dan password yang diberikan. Klik pada nama sekolah anda sahaja. dan anda hanya perlu mengisi pada ruang/cell yang bertanda hijau sahaja.

Makluman Sekolah

Perhatian kepada sekolah dalam kelompok PKG Batu Gajah.

1. Satu Taklimat SPPICTS bagi pengisian data online sesi ke 2 dan STS akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 23 Jun 2009
Tempat : PKG Batu gajah d/a SK Seri Jaya, 31000 Batu Gajah
Kehadiran : Guru ICT / GPB
Keperluan : Komputer bimbit , data tambahan maklumat ICT
Masa : 2- 5 petang

2. Satu bengkel pengisian data NILAM bagi data yang berakhir bulan JUN akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 30 Jun 2009 (Selasa)
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : PKG Batu Gajah  d/a SK Seri Jaya, 31000 Batu Gajah
Kehadiran : Guru Nilam/ GPM sekolah
Keperluan : 1. Bawa bersama data NILAM sekolah bagi Bulan Jun( data tersebut akan digunakan untuk Majlis Anugerah NILAM Daerah.

2. Komputer Bimbit, 4 gang kabel

3. Pencalonan Tokoh Nilam Daerah ( Bagi sekolah yang belum menghantar  pencalonan)* setiap sekolah wajib menghantar 1 pencalonan bagi tokoh nilam tersebut

* Sekiranya sekolah mempunyai masalah berhubung perkara di atas di harap segera menghubungi PKG

Pencalonan Tokoh Nilam 2009

Pihak sekolah diminta memuat turun folder Pencalonan Tokoh Nilam 2009 (ISO) di sini. Borang tersebut hendaklah dihantar ke PKG setelah calon dikenalpasti.

Eduweb TV Sk Seri Jaya

Satu siri taklimat eduwebtv telah dijalankan di SK Seri Jaya pada 23 Mei 2009. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Ramlan Jafery b.Mat Johan PTP 2 PKG Batu Gajah.

Seramai 22 orang guru terlibat sebagai peserta. Kesemua peserta telah menunjukkan minat untuk meneroka penggunaan Eduwebtv dalam Pengajaran dan Pembelajaran

SELAMAT HARI PEKERJA

Kami warga Pusat Kegiatan Guru Batu Gajah, ingin mengucapkan SELAMAR HARI PEKERJA  kepada semua kaum pendidik khasnya dalam kelompok PKG Batu Gajah, Daerah Kinta Selatan, Perak Darul Ridzuan dan Seluruh Malaysia amnya, “KERANAMU MALAYSIA CEMERLANG”

Taklimat Media dan ICT

Satu Taklimat Media akan diadakan seperti berikut:

Tarikh

:

5 Mei 2009 (Selasa)
Masa

:

2.00 petang
Tempat

:

PKG Batu Gajah
Kehadiran

:

Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
Alatan

:

Laptop, 4 gang

Satu Taklimat berkenaan ICT akan didakan seperti berikut:

Tarikh

:

6 Mei 2009 (Selasa)
Masa

:

2.00 petang
Tempat

:

PKG Batu Gajah
Kehadiran

:

Guru Penyelaras Bestari GPB) / Guru ICT
Alatan

:

Laptop, 4 gang

Kepada guru yang terlibat, anda dikehendaki hadir seperti yang dimaklumkan. Surat akan menyusul kemudian.Sila hubungi PTP PKG Batu Gajah sekiranya ada sebarang kemusykilan.

Tatacara daftar aset / Borang TEKNOPEN 2009 Perak

Sebagaimana yang dijanjikan dalam kursus 35 jam tempoh hari, saya uploadkan ahan daftar harta baru untuk tuan/puan, sekian terima kasih.

Borang Teknopen 2009

Kursus PSS 35 jam Daerah Kinta Selatan

Pihak PKG Daerah Kinta Selatan telah menganjurkan Kursus PSS 35 jam untuk Guru Perpustakaan Media (GPM) . Kursus berlangsung pada 21 -23 April 2009. Kursus tersebut telah berlangsung di Bilik Boungavilla, Pusat Kegiatan Guru Gopeng. Penceramah yang terlibat ialah Cik Norliah bt. Abdullah (PKG Kampar) dan Pn. Pahlaila bt. Abdullah (PKG Bota).

Pemantauan Media di sekolah

Pihak PKG akan membuat pemantauan media di sekolah tuan/puan, diharap GPM dapat muat turun borang untuk persediaan tuan puan. klik pada embbed link di bawah ini.