Pusat Kegiatan Guru Batu Gajah

Blog untuk GPM Kelompok PKG Batu Gajah dan PKG Daerah Kinta Selatan, "TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI". MOHON KERJASAMA UNTUK MENULIS DI BUKU TAMU SAYA UNTUK SAYA MENGENALI TUAN/PUAN.

Archive for the ‘Berita Daerah Kinta Selatan’


SALINAN DAFTAR HARTA MODAL( DHM) KEW 312 / KEW PA 2 PERALATAN ICT DI SEKOLAH

Perhatian kepada semua sekolah dalam kelompok PKG Batu Gajah.

Semua sekolah diminta untuk menghantar salinan daftar harta modal peralatan ICT tahun 2005 hingga 2009 sebelum atau pada 9 September 2009 ke PKG Batu Gajah.
Daftar Harta Modal ini akan dikumpulkan diperingkat daerah Kinta Selatan untuk digabungkan diperingkat negeri Perak.

Tujuan pengumpulan daftar harta modal adalah untuk pihak BTP Kementerian Pelajaran Malaysia menjalankan Perkhidmatan Kemasukan Data Peralatan ICT Secara Manual bagi pihak sekolah untuk Sistem Pengurusan Aset yang akan digunakan diperingkat Kementerian pada tahun ini.

Tuan/Puan boleh muat turun surat dan contoh daftar harta modal di bawah:

Selamat Bersara buat Haji Khairuddin (Hj. K)


MusicSRC.com – Music Videos

Lagu ini ditujukan khas buat Hj. K , dari kami warga PKG Batu Gajah. Semoga beliau mendapat kebahagiaan yang berkekalan sepanjang persaraannya nanti.

Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh Nilam Daerah Kinta Selatan 2009

Maklumat Terkini Kepada Calon Pemilihan Tokoh NILAM 2009 PKG Batu Gajah dan Hakim Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Kinta Selatan.

Sila ambil perhatian, Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM yang dijangka berlangsung pada 13 dan 14 Ogos 2009 ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Ini adalah kerana penularan wabak H1N1 semakin membimbangkan. Sehubungan dengan itu Pihak PPD KInta Selatan telah mengarahkan Urusetia Pemilihan Tokoh NIlam menangguhkan dahulu sesi pemilihan tersebut. Majlis Anugerah NILAM Daerah Kinta Selatan yang dijangka akan berlangsung pada 19 Ogos 2009 juga turut ditangguhkan atas sebab yang sama.

Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Kinta Selatan

Pihak urusetia Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh Nilam Kinta Selatan telah memutuskan akan mengadakan Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Kinta Selatan akan diadakan pada :

Tarikh            : 13 dan 14 Ogos 2009

Masa              : 8.00 pagi

Tempat          : PKG Gopeng

Calon yang telah dipilih oleh PKG Kelompok masing-masing akan diberitahu melalui surat atau telefon. Diharap calon yang berjaya sebagai wakil PKG diminta bersiap sedia mulai sekarang.

Pengemaskinian Data SSQS kepada semua sekolah

PERHATIAN !!! PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua sekolah dalam kelompok PKG Batu Gajah, sila ambil perhatian,

Semua sekolah di dalam kelompok PKG Batu Gajah dikehendaki untuk mengemaskinikan data online penggunaan ICT dalam sistem SSQS. Untuk Makluman tarik bermulanya kutipan data dalam tahun 2009 ini ilakah mulai 7 Julai hingga 14 Ogos 2009. Pohon kerjasama semua sekolah untuk mengambil tindakan segera.

Tuan/puan juga boleh muat turun panduan dan borang di sini:

Bahan Penilaian Tokoh Nilam

Mesyuarat Penggubalan Bahan Penilaian Tokoh NILAM Daerah Kinta Selatan

Mesyuarat Penggubalan Bahan Penilaian Tokoh NILAM Daerah Kinta Selatan telah berlangsung di PKG Gopeng. Seramai 12 orang Guru Cemerlang Daerah Kinta Selatan telah dijemput untuk membina instrumen penilaian Tokoh NILAM Daerah Kinta Selatan. Ia akan dijalankan selama 2 hari bermula hari Khamis hingga Jumaat.

H1N1 Booklet for Teacher

Pemantauan SPPICTS online sesi ke 2

 Perhatian kepada guru GPB/ICT sekolah

Tuan/puan diminta untuk mengemaskinikan data SPPICTS sekolah tuan/puan bagi pemantauan SPPICTS online bermula pada 15 Jun ini sehingga 3 Julai 2009. Pihak tuan/puan diminta mengemaskinikan data sekolah tuan/puan secara terancang dan dibuat awal mulai tarikh yang diberikan supaya tidak mengalami kesesakan laluan internet nanti jika lewat mengemaskini data sekolah tuan/puan. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua sekolah Kelompok PKG Batu Gajah kerana telah berjaya melengkapkan 100% pengisian data SPPICTS online pada sesi pertama. Surat pemakluman mengenai kemaskini data boleh tuan/puan muat turun pada ruang ICT Download pada Blog PKG ini. Kerjasama semua sekolah dan keprihatinan tuan/puan dalam menangani pengisian data SPPICTS online ini sangatlah dihargai.

Untuk Makluman tuan /puan boleh klik pada pautan ini PORTAL ICT KPM atau logo SPPICTS di atas.

Kursus Pemantapan Pedagogi Bahasa Melayu Tahun 6 SK (Daerah Kinta Selatan)

PPD Kinta Selatan telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pedagogi Bahasa Melayu untuk Guru-guru Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Daerah Kinta Selatan. Bengkel tersebut telah berlangsung pada:

Tarikh : 4 MEI 2009
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Batu Gajah
Kehadiran : Guru Bahasa Melayu Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Daerah Kinta Selatan

Penceramah bagi bengkel tersebut ialah Puan Hjh. Nyak Azlina bt. Nyak Chik, Guru Besar SK Seri Jaya yang juga merupakan Pengerusi Panitia Bahasa Melayu Daerah Kinta Selatan.