Pusat Kegiatan Guru Batu Gajah

Blog untuk GPM Kelompok PKG Batu Gajah dan PKG Daerah Kinta Selatan, "TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI". MOHON KERJASAMA UNTUK MENULIS DI BUKU TAMU SAYA UNTUK SAYA MENGENALI TUAN/PUAN.

Archive for the ‘Berita BTPN’


Selamat Bersara buat Haji Khairuddin (Hj. K)


MusicSRC.com – Music Videos

Lagu ini ditujukan khas buat Hj. K , dari kami warga PKG Batu Gajah. Semoga beliau mendapat kebahagiaan yang berkekalan sepanjang persaraannya nanti.

H1N1 Booklet for Teacher

SELAMAT HARI PEKERJA

Kami warga Pusat Kegiatan Guru Batu Gajah, ingin mengucapkan SELAMAR HARI PEKERJA  kepada semua kaum pendidik khasnya dalam kelompok PKG Batu Gajah, Daerah Kinta Selatan, Perak Darul Ridzuan dan Seluruh Malaysia amnya, “KERANAMU MALAYSIA CEMERLANG”

Penggubalan Bahan Penilaian Tokoh NILAM Perak

Mesyuarat Penggubalan Bahan Penilaian Tokoh NILAM Perak diadakan pada:
Tarikh : 25-27 Mac 2009
Tempat : Telok Dalam Resort, Pangkor
Tujuan : Menghasilkan bahan penilaian Pemilihan Tokoh Nilam negeri Perak 2009 dalam 5 aspek.
1. Pengesanan Kemahiran Membaca (Ujian Lisan Kefahaman)
2. Pengesanan Pengetahuan (Ulasan Buku dan ciri-ciri fizikal buku)
3. Pengesanan Kebestarian (Topik terkini)
4. Pengesanan Penghayatan dan Aspirasi Pembacaan
Pengesanan Kemahiran Memberi pendapat (Penulisan)

MESYUARAT PEMBINAAN BAHAN PENILAIAN TOKOH NILAM PERAK

Satu Mesyuarat Pembinaan Bahan Penilaian Tokoh Pembaca Perak akan diadakan seperti ketentuan berikut:

                Tarikh                                    :               25- 27 Mac 2009

                Tempat                                  :               Telok Dalam Resort, Pulau Pangkor

                Masa Daftar masuk                :               2-6 petang

  •          Semua Penyelaras NILAM Daerah negeri Perak diwajibkan hadir

1.       Batang Padang                          – En. Saiful Azmi (PKG Tanjung Malim)

2.       Hilir Perak                                 - En. Nor Azman Ikhwan (PKG Telok Intan)

3.       Kerian                                       - En. Mohd Sufian (PKG Bagan Serai)

4.       Kinta Selatan                             – En. Ramlan Jafery (PKG Batu Gajah)

5.       Kinta Utara                                - En. Megat Fuad (PKG Seri Ampang)

6.       Kuala Kangsar                           – Cik Haslinda (PKG Talang)

7.       Larut Matang Selama                - Pn. Azatus Sakiah (PKG Simpang)

8.       Perak Tengah                            - En. Adnan (PKG Parit)

9.       Hulu Perak                                - En. Aidil (PKG Lenggong)- cuti belajar KDP 14M

10.     Manjong                                     – En. Mohd Fauzan (PKG Ayer Tawar)- cuti belajar KDP 14M

 

Konsep 5 S Dalam Amalan Kerja

Konsep 5S telah diperkenalkan oleh Professor Yuri Aida dari Jepun dan dipraktikkan sebagai satu pendekatan dalam Total Quality Management (TQM) atau Pengurusan Kualiti Menyeluruh.  5 S adalah konsep pengurusan dan pengendalian persekitaran kerja yang sistematik dalam sesebuah organisasi
bagi menjamin kualiti perkhidmatan.  Persekitaran kerja yang kemas,teratur, bersih dan bersistem adalah penyumbang kepada peningkatan prestasi kerja.

5 S adalah berdasarkan 5 perkataan Jepun iaitu :

SEIRI    – sorting out / organization / pengelolaan
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya

SEITON   - systematic arrangement / penyusunan teratur
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil untuk digunakan

SEISO    – shine / kebersihan
Bersihkan tempat kerja anda dnegan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU – standardization / standard penjagaan dan pengelolaan Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE – sustain / penjagaan dan pengelolaan berterusan
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)

Pelaksanaan Sistem Pemantauan ICT Sekolah telah pun bermula pada 22 Februari 2009 sehingga 14 Mac 2009. Sehubungan dengan itu semua sekolah perlulah mengemaskinikan maklumat ict sekolah masing-masing secara online di laman berikut:  PORTAL ICT KPM

Guru Penyelaras Bestari(GPB)/ Guru ICT boleh mula mengisi data secara online mulai sekarang. Selepas siap diisi secara online, data tersebut perlu dicetak dan satu disimpan ke dalam fail sekolah dan satu salinan hantar ke PKG kelompok masing-masing.

Pelaksanaan kutipan data untuk Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICT) bagi semua sekolah akan dijalankan mulai 22 Feb. 2009 hingga 14 Mac 2009.

Sekiranya pihak sekolah mempunyai sebarang masalah semasa pengisian data secara online di laman PORTAL ICT KPM, pihak sekolah bolehleh menghubungi Pegawai Teknologi Pendidikan di PKG kelompok masing-masing. Kerjasama yang pihak sekolah berikan dalam pengisian data secara online di ucapkan ribuan terima kasih.

Calon Kem Penulis Muda Peringkat Kebangsaan 2009

BTP Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Km Penulis Muda pada bulan April 2009, Kriteria pemilihan adalah seperti berikut:

                 1. Terbuka kepada kepada semua pelajar Tngkatan 4 dan Tahun 5

                2.  Telah mencapai pengiktirafan Nilam dalam Tahap Jauhari

                3. Telah mengumpul 50 mata dalam tahap Rakan Pembaca

                4. Mempunyai akademik cemerlang dari awal tahun persekolahan.

Pihak Sekolah diminta mencalonkan pelajar seperti kriteria di atas dan menghantarkan pencalonan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak, Jalan Tawas Baru Utara, Tasek Damai, 30010 Ipoh, Perak. (up. Tn. Haji Alias Mohamad) sebelum 10 Mac 2009. 

Pemilihan pelajar yang layak ke program Kem Penulis Muda ini akan dilaksanakan oleh pihak negeri berdasarkan mata yang tertinggi.

Muat Turun Borang Penyertaan Kem Penulis Muda

Anda hanya perlu muat turun 2 borang, dan 1 surat siaran iaitu
1. Borang Kem Penulis Muda 2009
2. Borang Sejarah Akademik 

3. Surat Siaran Kem Penulis muda 2009

Mereka yang berjaya akan dipanggil untuk sesi latihan peringkat negeri yang akan diadakan di Pulau Pangkor pada minggu akhir bulan Mac nanti.

Permohonan Talian Streamyx ke Sekolah

Ini adalah pekeliling berkenaan kepada sekolah-sekolah yang ingin memasang talian streamyx sebagai talian tambahan. . Download surat pekeliling nie di sini.

Tapi kalau PKG nak pakai stramyx bagus jugak nie … banyak kerja tak dapat nak buat dengan talian yang slow nie.

Perhimpunan Bulanan BTPN Perak

Pada 11 Ogos 2008 yang lalu, Satu perhimpunan bulanan telah berlangsung di BTPN Perak. Tetamu kehormat pada perhimpunan bulanan tersebut ialah Pengarah BTP. Dalam majlis itu juga 8 orang PTP telah menerima perlantikan DGA 32 hakiki daripada Tuan Pengarah BTP.