Pengemaskinian SPPICTS kali ke tiga
Perhatian kepada semua sekolah dalam kelompok PKG Batu Gajah,
Bermula pada hari ini (14 September 2009) pihak sekolah boleh mula mengemaskini sistem pemantauan online SPPICTS. Segala data yang pihak sekolah kemaskini sebelum tarikh tersebut tidak akan diambil kira. Jadi pastikan pihak sekolah membuat pengemaskinian bermula pada tarikh 14 September 2009. Tarikh Tutu pula ialah pada 2 Oktober 2009.
Kami minta kerjasama semua sekolah agar dapat menyiapkan pengemaskinian tersebut sebelum cuti hari raya ini.
Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara. Sehubungan itu, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.
SPPICTS boleh diakses dialamat berikut;
a. http://ssqs.moe.edu.my atau
b. http://pnp.moe.edu.my
Tempoh Kutipan Data
a. 22 Feb 2009 – 13 Mac 2009
b. 15 Jun 2009 – 03 Julai 2009
c. 14 Sept 2009 – 02 Okt 2009
PERHATIAN: Semua kutipan kali ke tiga hendaklah bermula pada 14 September 2009. Sebarang maklumat yang dikemaskini sebelum tarikh berkenaan tidak akan diambil kira untuk kutipan ini. Harap maklum.
