Pengemaskinian SPPICTS kali ke tiga
Perhatian kepada semua sekolah dalam kelompok PKG Batu Gajah,
Bermula pada hari ini (14 September 2009) pihak sekolah boleh mula mengemaskini sistem pemantauan online SPPICTS. Segala data yang pihak sekolah kemaskini sebelum tarikh tersebut tidak akan diambil kira. Jadi pastikan pihak sekolah membuat pengemaskinian bermula pada tarikh 14 September 2009. Tarikh Tutu pula ialah pada 2 Oktober 2009.
Kami minta kerjasama semua sekolah agar dapat menyiapkan pengemaskinian tersebut sebelum cuti hari raya ini.
Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara. Sehubungan itu, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.
SPPICTS boleh diakses dialamat berikut;
a. http://ssqs.moe.edu.my atau
b. http://pnp.moe.edu.my
Tempoh Kutipan Data
a. 22 Feb 2009 – 13 Mac 2009
b. 15 Jun 2009 – 03 Julai 2009
c. 14 Sept 2009 – 02 Okt 2009
PERHATIAN: Semua kutipan kali ke tiga hendaklah bermula pada 14 September 2009. Sebarang maklumat yang dikemaskini sebelum tarikh berkenaan tidak akan diambil kira untuk kutipan ini. Harap maklum.
Pengisian online SPPICTS sekolah kelompok PKG Batu Gajah sesi ke 3
Pelaksanaan SPPICTS 3/2009
Pelaksanaan kutipan data untuk Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) bagi semua sekolah untuk kutipan kali ke 3 akan dijalankan mulai 14September 2009 hingga 2 Oktober 2009.
Semua sekolah diharap bersedia. Sila pastikan semua sekolah mematuhi tarikh yang ditetapkan.
SALINAN DAFTAR HARTA MODAL( DHM) KEW 312 / KEW PA 2 PERALATAN ICT DI SEKOLAH
Perhatian kepada semua sekolah dalam kelompok PKG Batu Gajah.
Semua sekolah diminta untuk menghantar salinan daftar harta modal peralatan ICT tahun 2005 hingga 2009 sebelum atau pada 9 September 2009 ke PKG Batu Gajah.
Daftar Harta Modal ini akan dikumpulkan diperingkat daerah Kinta Selatan untuk digabungkan diperingkat negeri Perak.
Tujuan pengumpulan daftar harta modal adalah untuk pihak BTP Kementerian Pelajaran Malaysia menjalankan Perkhidmatan Kemasukan Data Peralatan ICT Secara Manual bagi pihak sekolah untuk Sistem Pengurusan Aset yang akan digunakan diperingkat Kementerian pada tahun ini.
Tuan/Puan boleh muat turun surat dan contoh daftar harta modal di bawah:
Selamat Bersara buat Haji Khairuddin (Hj. K)
Lagu ini ditujukan khas buat Hj. K , dari kami warga PKG Batu Gajah. Semoga beliau mendapat kebahagiaan yang berkekalan sepanjang persaraannya nanti.
Maklumat SSQS terkini 26 Ogos 2009 (lagi 5 hari je lagi)
Perhatian kepada semua sekolah yang masih belum melengkapkan lagi pengisian data online ssqs. Untuk makluman sekolah yang terlibat, walaupun pengisian data ssqs secara online telah dilanjutkan sehingga 30 Ogos 2009, namun sekolah dinasihatkan supaya dapat mengisi data tersebut secepat mungkin. In i kerana sekiranya pihak sekolah masih lagi lewat mengisi data tersebut maka akan berlaku kesesakan semasa semua sekolah berebut untuk mengisi data tersebut.
Bagi sekolah dalam kelompok PKG Batu Gajah, semua sekolah yang belum mengisi data atau belum melengkapkan data ssqs, pihak sekolah perlu berbuat demikian dengan segera kerana prestasi sekolah tuan/puan akan dipantau setiap masa dan apabila tarikh 30 Ogos 2009 tersebut tamat maka sekolah tuan/puan akan tersenarai sebagai sekolah yang gagal mengemaskinikan data secara online maklumat ssqs.
Berikut adalah prestasi sekolah kelompok PKG Batu Gajah dalam pengisian data SSQS.
| Senarai Sekolah Bagi PKG AQA2007 – PKG BATU GAJAH yang terlibat SSQS. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.
Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.
Bertangguh itu pencuri masa
Masa dihargai,janji ditepati
Sekolah yang bertanda hijau telah menyiapkan maklumat sekolah ssqs seperti yang dikehendaki. Tahniah dan terima kasih diucapkan atas inisiatif warga sekolah tuan/puan.
Bagi sekolah yang bertanda merah yang belum menampakkan perubahan pihak sekolah diminta mengambil tindakan dengan segera.
Sekolah yang masih belum meyiapkan pengisian seperti yang dikehendaki, silalah pihak sekolah menyiapkan dengan kadar segera.
Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1430H

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN
1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18.Solat Zuhur berjemaah.
19.Tadarus pendek.
20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21.Solat Asar berjemaah di Masjid.
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24.Segera Solat Maghrib di Masjid.
25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.
Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh Nilam Daerah Kinta Selatan 2009
Maklumat Terkini Kepada Calon Pemilihan Tokoh NILAM 2009 PKG Batu Gajah dan Hakim Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Kinta Selatan.
Sila ambil perhatian, Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM yang dijangka berlangsung pada 13 dan 14 Ogos 2009 ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Ini adalah kerana penularan wabak H1N1 semakin membimbangkan. Sehubungan dengan itu Pihak PPD KInta Selatan telah mengarahkan Urusetia Pemilihan Tokoh NIlam menangguhkan dahulu sesi pemilihan tersebut. Majlis Anugerah NILAM Daerah Kinta Selatan yang dijangka akan berlangsung pada 19 Ogos 2009 juga turut ditangguhkan atas sebab yang sama.








